Sabah Travel Trip Guide Blog Kini Live Di Internet


Ola! Sabah Travel Trip Guide Blog Kini Live Di Internet - Selamat datang ke blog Sabah Travel. Ini blog Sabah Travel dalam Bahasa Melayu. Blog ni saya bina khusus untuk bercerita mengenai panduan travel ke Sabah sebab saya sendiri orang Sabah, sedang menetap di Sabah kemudian bekerja dalam bidang pelancongan di Kota Kinabalu Sabah secara sepenuh masa.

Semasa bekerja saya banyak berjumpa dengan orang-orang yang kerap bertanya soalan "apa ya tempat-tempat menarik di Sabah?". 

Pastu ada juga orang yang selalu tanya, "kat mana tempat best nak travel ke Sabah? Cuti nanti kiranya nak gi melancong ke Sabah ngan family".

Tugas hakiki saya adalah sebagai Webmaster dan online marketer - mempromosi pakej-pakej pelancongan di Kota Kinabalu, Sabah, untuk syarikat tempat saya bekerja. Itulah kerja full time saya. Tapi saya tidak mempromosi secara offline sebaliknya saya mempromosi secara online sepenuhnya. Macam mana? Melalui website, melalui blog juga melalui social media. Nanti saya cerita kat perenggan di bawah.

Kat dalam blog ni anda akan jumpa trip guide ke tempat-tempat menaik di Sabah, trip ke Sabah, panduan melancong ke Sabah dan review mengenai tempat-tempat menarik yang saya dah pernah pergi. Dalam pada tu saya akan taip cerita mengenai review hotel, review resort juga review tempat makan menarik yang saya dah pergi. All in my own words.

Harap maklum saya bukanlah foodie. Kalau makan pun saya hanya pilih makanan yang biasa, yang masakan kampung juga yang berebus sahaja di masak oleh isteri saya. Kalau makan kat hotel atau kat restoran-restoran tu memanglah dah selalu cuma bezanya saya bukanlah "food hunter" atau "food ranger" sebab makanan bukan fokus saya.

Tapi saya tetap juga masuk ke restoran-restoran yang ada di sekitar Kota Kinabalu ni untuk try makanan-makanan yang ada di hidangkan kat situ. Bukan apa. Boring juga kalau makan jenis makanan yang sama sahaja pada setiap hari.

Latar Belakang Pengendali Blog

Salam perkenalan. Blog ini dikendalikan oleh saya, Shukry Abdullah, yang kini menetap di Kota Kinabalu juga bekerja di Kota Kinabalu Sabah. Kini saya menetap sepenuhnya di pusat bandar Kota Kinabalu. Senang nak pergi kerja. Sebab hanya perlu berjalan kaki sahaja. Ofis tempat saya bekerja hanya 15 minit dari kediaman saya.

Sebenarnya dah memang lama juga niat nak menulis sebuah blog mengenai tempat-tempat menarik di Sabah dalam bentuk long content dalam Bahasa Melayu. Sebelum ni saya dah ada beberapa blog mengkhusus kepada pelancongan di area Kota Kinabalu Sabah bezanya saya tulis dalam Bahasa Inggeris kemudian di bina menggunakan Wordpress.

Selepas tu mulai tahun 2020 saya bina beberapa blog-blog baharu mengkhusus sebagai photo blog untuk mengetengahkan holiday destination juga tempat-tempat menarik di Sabah. Blog itu saya optimasikan untuk search engine sepenuhnya supaya senang di jumpai oleh pengguna-pengguna internet.

Kalau di tanya saya kerja apa sebenarnya saya bekerja di sektor pelancongan sebagai Webmaster. Kerja saya banyak memerlukan saya duduk dalam ofis dan kadangkala kena 'turun padang' ikut tour serta trip melancong bersama klien saya sebagai tour guide. 

Kerja sebagai Webmaster ni tugasnya membina website dan membina blog-blog mengikut design yang di kehendaki klien. Webmaster dan Web Developer skop kerjanya lebih kurang sama cuma tugasan kerja bergantung kepada jenis industri. Dalam kes saya pula, saya bekerja dalam industri pelancongan jadi kena bina website berkaitan pelancongan.

Selepas dan bina website-website dan blog-blog langkah seterusnya saya kena masukkan content. Untuk masukkan content tu pula saya kena buat research, kena banyak membaca untuk fahami niche, cari bahan, taip artikel, ambik gambar, edit gambar, ambik video, rakam video dan edit video. Selepas tu barulah saya bergerak ke tugasan seterusnya yang paling penting.

Apa tu tugas yang paling penting tadi tu? Tugas itu adalah memasarkan website-website juga blog-blog yang telah saya bina. Blog-blog tu ada yang saya punya dan ada juga majikan saya punya - iaitu syarikat pelancong yang menjadi tempat saya bekerja.

Syarikat pelancongan tempat saya bekerja merupakan travel agent yang memfokus kepada land tours, trip melancong ke Sabah, water sports activity experience, trip ke pulau-pulau sekitar Kota Kinabalu juga pakej scuba diving. Sebelum masuk bekerja di sektor pelancongan saya dah terlibat dengan internet dan blogging sejak 2007 lagi. 

Kenapa Guna Blogspot Untuk Sabah Travel Ni

Semuanya sebab saya tak nak fokus kepada hal teknikal walau sedikitpun. Sekarang ini dalam tahun 2022 saya dah ada lebih kurang 20++ blog-blog self hosted Wordpress yang dibina menggunakan domain berbayar juga hosting berbayar lalu menggunakan CDN berbayar agar loading laju.

Kalau handle 5 blog self-hosted Wordpress tak apa. Tapi saya dah handle lebih 20++ blog kesemuanya. Tiap satu blog-blog Wordpress tersebut mempunyai cabarannya tersendiri untuk di urus dan di kendalikan. 

Tatkala terlibat dengan hal-hal teknikal ia seringkali mengurangkan kreativiti saya. Passion untuk menulis artikel jadi luntur sedikit apabila banyak terlibat dengan permasalahan teknikal di blog self-hosted Wordpress.

Jadi, untuk itu saya mahukan sebuah blog yang membolehkan saya menulis artikel sepenuhnya. Sebenarnya sebagai pengendali blog yang dah lama terlibat dengan Blogspot juga Wordpress saya dah tak kisah nak pakai mana satu (Blogspot atau Wordpress) sebab fokus saya adalah kepada content building dan bukannya hal teknikal seperti theme, design, plugin, speed, CDN, domain juga SEO.

Saya hanya mahu menikmati keseronokan menaip artikel blog dan keseronokan berkongsi maklumat melalui artikel-artikel yang saya tulis. Idea ada banyak di kepala. Tapi apabila berdepan dengan hal-hal teknikal idea-idea penulisan tu lesap begitu sahaja.

Kalau di social media saya lebih selesa jadi kurang di kenali. Kalau zaman muda-muda dulu memanglah nak dikenali sangat. Tapi bila umur dan semakin meningkat dewasa saya lebih suka jadi orang dibelakang tabir sahaja. Saya lebih suka hidup secara private sahaja.

Lagipun saya kurang selesa mempamerkan muka secara umum di media social macam kat Facebook atau Twitter. Biarlah biasa-biasa sahaja sebab saya sukakan privasi. Biarlah anda kenali saya melalui penulisan saya sahaja dan bukannya wajah saya. Cewah.

So saya gunakan Blogspot untuk blog travel ke Sabah ni sebab saya nak sebuah blog yang minimalis - yang senang di urus dan fokus kepada content creation sepenuhnya.

Tujuan Blog Sabah Travel Di Bina

Semuanya kerana kurangnya artikel-artikel original mengenai Sabah travel, mengenai trip travel ke Sabah, mengenai trip melancong ke Sabah juga megenai destinasi-destinasi pelancongan di Sabah dalam Bahasa Melayu. Artikel berkaitan pelancongan di Sabah amat kurang sekali.

Lagi satu orang-orang yang bekerja dalam sektor pelancongan di Sabah juga kurang menulis artikel mengenai percutian ke Sabah juga mengenai tempat-tempat menarik di Sabah. Saya telah menyedari hal ini pada pengujung bulan Disember 2021 kala industri pelancongan di negara kita Malaysia mulai rancak. Time tu saya sedang buat keyword research untuk mempromosi pakej-pakej pelancongan di Semporna.

Sejak bermula Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada 18 Mac 2020 bidang pelancongan di seluruh Malaysia menjunam jatuh dan semakin lumpuh. Masuk ke tahun 2021 industri pelancongan di Malaysia mengalami naik turun seiring dengan perintah pihak Kerajaan Malaysia yang mahu rakyat menghadkan pergerakan. Kadang boleh melancong kadang tak boleh melancong.

Namun segalanya berubah apabila kerajaan Malaysia mengumumkan bahawa industri pelancongan tempatan di dalam Malaysia akan mulai di buka pada pertengahan September 2021. Pada bulan Mac 2022 pula kerajaan Malaysia mengumumkan bahawa sempadan negara akan di buka sepenuhnya untuk travelers dari negara-negara luar dengan syarat perlu memenuhi S.O.P yang telah ditetapkan untuk menghalang penularan Covid-19.

Tujuan blog Sabah Travel Guide ni saya bina adalah untuk memberi panduan informatif untuk pengguna internet yang mahu travel ke Sabah untuk percutian juga untuk yang sedang merancang mahu buat trip melancong ke Sabah.

Sejak bekerja dalam industri pelancongan dan setelah berjumpa ramai pelancong luar juga berjumpa pelancong-pelancong dari dalam Malaysia saya dah semakin faham apa yang mereka mahukan. Dari situ timbul idea nak buat blog 'how to' untuk menulis panduan travel ke Sabah. Bezanya masa tu saya bina blog Sabah Travel dalam Bahasa Inggeris.

Kini tiba masa untuk saya menikmati keseronokan menulis mengenai percutian ke Sabah dan travel ke Sabah dalam Bahasa Melayu pula. Lagi senang nak tulis artikel blog dalam Bahasa Melayu sebab saya lebih selesa begitu berbanding menulis dalam Bahasa Inggeris yang perlu merujuk sepanjang masa ke penggunaan grammar.

Harapan saya semoga artikel yang saya tulis di blog Sabah Travel Guide ini dapat membantu anda merangka percutian ke Sabah, dapat membantu anda mendapatkan pakej-pakej percutian terbaik di Sabah juga pengalaman melancong terbaik selama berada di negeri Sabah.


Ulasan